The new official Puteri 11 RA website is :

http://www.puchongputeri11.org/

Please update your bookmarks.

Friday, July 27, 2012

Taklimat Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jkp Mpsj 2012

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Subang Jaya akan mengadakan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat JKP MPSJ 2012 yang telah dirasmikan pada 26 Julai 2012 oleh Y.Bhg Dato' Asmawi Bin Kasbi, Yang Dipertua MPSJ.

Pertandingan ini diadakan sempena bulan kemerdekaan dan menawarkan hadiah dalam bentuk Geran Peruntukan Pembangunan berjumlah RM 6,000 keseluruhannya. JKP perlu memilih kawasan perumahan atau kemudahan awam untuk dipertandingkan dikalangan JKP MPSJ.

3. Sehubungan dengan itu, majlis akan mengadakan satu taklimat bagi menerangkan kepada JKP apa yang sepatutnya dilaksanakan oleh JKP untuk memasuki pertandingan ini. Taklimat akan diadakan seperti tarikh berikut:

Tarikh   : 28 Julai 2012 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, Bangunan MPSJ

4. Semua PA Ahli Majlis dan satu (1) orang wakil JKP diwajibkan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan / puan amatlah saya harapkan.

Sekian, terima kasih.
Mohd Reyzal Mazlan
Penolong Pengarah Khidmat Komuniti
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Subang Jaya

No comments:

Post a Comment

Visitors to this blog are reminded NOT to post any comment which is indecent, obscene, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person. Do Not post any comment which is religious sensitive, political ideology, racist, seditious and discriminatory. The blog moderator may delete any comment which goes against these rules.

Note: Only a member of this blog may post a comment.