The new official Puteri 11 RA website is :

http://www.puchongputeri11.org/

Please update your bookmarks.

Tuesday, January 17, 2012

Perkara: Bantahan Pembinaan Pangsapuri di Lot No: PT54849, PT.65772 dan PT.65337, Mukim Petaling, Selangor (Dekat Bayu Puteri Condonimium, Bandar Puteri Puchong)

Jabatan Perancangan Bandar,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Tuan,

Dengan hormatnya, saya ingin mengemukakan bantahan rasmi ini berdasarkan sebab-sebab berikut:
  1. Salah satu sebab saya membeli rumah di atas tanah PT ialah kerana inginkan pemandangannya (penglihatan dari kawasan bukit ke bawah). Model (master plan) di Pejabat Pemasaran IOI, Puchong menunjukkan TIADA pangsapuri yang lebih tinggi daripada aras jalanraya ATAU pembangunan masa depan (ketika itu, Mar/2008) yang akan menghalang pemandangan tersebut.
  2. Pembangunan pangsapuri akan menyebabkan tanah runtuh (sinking) di sekitar kawasan pembinaan dan seterusnya MEROSAKKAN struktur rumah kami. (perkara seperti ini sudah banyak berlaku. Contohnya kerosakan rumah di Wawasan 1 Puchong kerana pembinaan di sekitarnya)
  3. Lot PT54849, 65772 dan 65337 tidak seberapa luas kawasannya. Pembinaan Pangsapuri akan MEMBURUKKAN kesesakan lalulintas yang dihadapi oleh penghuni-penghuni di Puteri 11 and Bayu Puteri.
  4. Saya , sebagai pembeli rumah (owner) tidak diberitahu langsung oleh developer tentang cadangan pembinaan pangsapuri tersebut. Saya ketahui perkara ini kerana terlihat papan-tanda cadangan semasa melawat rumah baru (primrose yang dalam pembinaan).

Silat lihat gambar-gambar berikut:

Sangat berterima kasih tuan mempertimbangkan bantahan saya dengan sewajarnya,
kerana pembelian rumah melibatkan komitmen kewangan berpuluh-tahun.

Jagalah Hak Pengguna .

Sekian, Terima Kasih.

Ketahui perkara ini apabila terlihat papan-tanda ini.
Kawasan yang sempit di antara Puteri 11 (bukit) and Bayu Puteri (kiri)
Kesesakan lalulintas

No comments:

Post a Comment

Visitors to this blog are reminded NOT to post any comment which is indecent, obscene, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person. Do Not post any comment which is religious sensitive, political ideology, racist, seditious and discriminatory. The blog moderator may delete any comment which goes against these rules.

Note: Only a member of this blog may post a comment.